RSS

Selasa, 19 Oktober 2010

Sejarah ringkas Rasullullah SAW

Assalamualaikum..
Salam 19 Zulkaedah 1431H..
Dalam kerlipan mata,hari2 akan terbaca komen2 atau ucapan Selamat(Hari Kelahiran) di wall2 kenalan...Kat mane yer??Haaa..Kat mana lagi kalau bukan kat FB.
Si A wish kat Si B,Si C wish kat Si D..Hehe
So..Tiba2 terdetik dihati,adakah kita masih ingat akan hari kelahiran Rasulullah SAW ?
Masih ingat bilakah baginda dilahirkan?
Masih ingat 'background" baginda?
Mungkin kita alpa dgn kesibukan urusan dunia sekarang..
Ayuh...Ayuh...Hari ini kita sama2 menelaah 'BIODATA" baginda.
Post kali ini,sy ambil dari blog mannster.wordpress.!!
Syukran ya segala perkongsian..!

“MAULID AL-RASUL SAW” 
Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah
 sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘ St.. Valentino‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih 
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
 kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, saya berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
 

BIODATA RASULLULLAH SAW



Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali
 sebagai tahun gajah;   sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Ka’abah) 
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
 
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
 
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
 
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
 perempuan bapa  Rasulullah SAW) 
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
 
Ibu susu kedua
Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
 
>Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
 malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di 
dalamnya.


USIA 6 TAHUN
 
>Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’
 (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) 
>Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
 
>Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
 
>Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
 
>Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
 perniagaan. 
>Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
 (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
 
>Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ ,
 jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 
>Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi
 pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
 
>Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
 binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
>Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
 
>Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
 yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
>Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN
 
>Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
 
>Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
 Mekah. 
>Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke
 tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
 
· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
 akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
 
>Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu
 Bakar Al-Siddiq. 
>Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 
24 September 622M.


USIA 63 TAHUN
 
>Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
 
>Khadijah Binti Khuwailid 
>Saudah Binti Zam’ah
 
>‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
 
>Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
 
>Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
 
>Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
 
>Zainab Binti Jahsy
 
>Maimunah Binti Harith
 
>Safiyah Binti Huyai bin Akhtab 
>Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
 
1. Qasim
 
2. Abdullah
 
3. Ibrahim
 
4. Zainab
 
5. Ruqaiyah
 
6. Ummi Kalthum
 
7. Fatimah Al-Zahra’


ANAK TIRI RASULULLAH SAW
 
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
 Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

Thuwaibah(Ibu Susuan)

1. Hamzah
 
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
 
Halimah Al-Saidiyyah(Ibu Susuan)

1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
 
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
 
3. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
 
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
 
1. Al-Harith
 
2. Muqawwam
 
3. Zubair
 
4. Hamzah ***
 
5. Al-’Abbas ***
 
6. Abu Talib
 
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
 
8. Abdul Ka’bah
 
9. Hijl
 
10. Dhirar
 
11. Umaimah
 
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
 
13.. ‘Atiqah ##
 
14. Arwa ##
 
15. Umaimah
 
16. Barrah
 
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***


*** Sempat masuk Islam.
 
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.
 

Sabda Rasulullah SAW:
 
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
 aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Isnin, 18 Oktober 2010

Teguran Itu Penting..!!!!


       Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.


Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba  menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup. 
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?. 

Yang Paling Penting
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Pengajaran untuk wanita..!!

Assalamualaikum...
Dalam melangkah liku-liku kehidupan,kedengaran pelbagai kisah yang berlaku di kalangan masyarakat kita ini.
Tetapi,isu-isu gejala sosial seringkali diperkatakan dari dahulu sampailah sekarang.
Adakah kehidupan kita indah jika diselangi dengan kehidupan yang sosial?
Mungkin perkataan sosial agak umum,akan tetapi maksud sya disini sosial yang melibatkan pergaulan bebas antara LELAKI dan PEREMPUAN.
Amat sedih apabila melihat anak-anak gadis termakan dengan pujukan atau umpanan2 manis insan yang bernama lelaki..
Wanita,wanita ohh wanita.!!Alangkah indah ciptaanmu yang dikurniakan Allah.
Tetapi kenapa tidak digunakan keindahan sebagai wanita dengan sebaik mungkin?
Meh sy nk kongsikan sedikit dari pertanyaan2 kepada golongan lelaki yg musnahkan harapan kpada golongan wanita ni.


Aku : Ko ngan dak perempuan tu ada pape kerw?(Bertanya dengan penuh kesindiran..Haha)
Kawan :Yup.dia awek aku,cantik tak?.(Konon lar cantik...aurat tak ditutup,pakaian yg tak cukup sifatnya)
Aku : Urm...cantiklah jugak...Tapi,awek ni ko nk jadikan isteri ko kerw?
Kawan : Hahaha...Ko ni,tak kan nk jadikan bini kowt..Awek cukup lar..wat main2 ja..Segan aku dowh klu mmber2 aku tnya aku ada awek ker tak..sekurang2nya aku leh cakap yg aku ada awek..tapi klu nk wat bini,aku nk cari yg baik2..tak nak ler pompuan yg senang wat main ni..(Tengok,Perhatikan dan Renungkan..mudahnya jawapan dia kan)
Aku : Dah tu,pompuan ni ko tak nak wat bini ker?
Kawan : Ish ko ni..ko kan thu bab2 agama ni,aku nak cari pompuan yang baik2 lar..yang tutup aurat,yang pandai jaga hati aku,tutur kata yang lemah lembut..Heheheehe
AKu : Okkk...(Aku dengan setujunya cara dia nak pilih bakal isteri dia tu,tapi aku sgt2 tak setuju n bangkang 100% kalau wanita tu hanya utk dipermainkan..)

So..Mana letaknya harga dirimu wahai kaum Hawa?
Dah jelas disini..Adakah kamu nak salahkan golongan lelaki yang suka mempermainkan wanita?..
Cuba jaga auratmu,jaga pakaianmu,jaga tutur katamu,jaga tingkah lakumu...
Sy bukan salahkan kaum Hawa,mahupun Kaum Adam..cuma lebih tekankan perbincangan kali ini utk golongan Hawa..Sebab isu salah lelaki n wanita mmg tak perlu dibincangkan sbbnya semua ni bergantung pada individu itu sendiri...Lelaki mahupun wanita.
So,dikempatan ini,izinkan sy untuk share satu kisah yg ttg wanita dimana kisah pengajaran yg diambil dari kisah Rasulullah s.a.w yang menasihati puteri baginda,Saidatina Hamzah r.a.
Jom kita sama2 renungkan..
Untuk wanita,ambil pengajaran dan terus tanamkan azam untuk mempraktikkan dan aplikasikan dlm kehidupan.
Untuk lelaki,ambil pengajaran untuk memperingati kepada kawan2,saudara mara,keluarga dan paling penting kepada ISTERI mu kelak..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.