RSS

Rabu, 29 September 2010

Maaf Zahir sahaja??Mana Batinnya?

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Aali Imraan (3) : 103)






Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum…

Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar…
Kedengaran suara takbir di hawa telinga…
Wakk…maaf zahir yer,batin tak der kowt…Hehe..Actually,ungkapan ini senantiasa kita dengari kan..
Kenapa yer?terpikir kah kita..sy pun kdg2 terlepas cakap ttg ungkapan ini..
Sedar atau tidak,sebenarnya ungkapan maaf batin lebih penting berbanding ungkapan maaf zahir??
Why??why I say that?..Cuba kita lihat,sy ambil stu contoh  perbuatan  yg sentiasa kita lihat.

SITUASI A..
Watak A : Awak,jom kita p mkn kat dapur..
Watak B : Jom wak,sy pun dah lapar ni(walaupun bulan puasa)…Opss…Watak A dan B actually dipegang oleh  watak pompuan,so,pham2 jer lah kann…KANTOI sudah..huhu
Tiba2,time nak ambik makanan,Si A ni dgn tak sengaja  terjatuh kan pinggan atas badan Si B(sakit tuu)
Cepat2 si A mntak maaf kat si B…(Ini dinamakan maaf ZAHIR coz melibatkan kesakitan fizikal iaitu sakit luaran)

SITUASI  B.
Watak A : Awak…jom kita p makan nak?
Watak B : jom wak..sy belanja awak ok..
Waaahh…suka Si A org nk blanjer dia..Ahakzz..
Wah…bukan main seronok Si A ni mkn makanan org blanjer..mkanan tak sedap pun leh jadi sedap ni..hehe
Selepas makan,Si A p rehat kat ruang tamu,kebetulan lak Si C ada kat situ..Si B lak terus kan dgn kerja dia kat office..
Alahai…bila dah bersatu pompuan ni,mula lah nk wat ketupat..(bukan semua wanita k)..hehe
Watak C : Amboi..bukan main rapat awk ngan Si B tu,…nape erk?Awk kan tak suka dia.
Watak A : Alar awk,sya pancing ja dia tu..nk suruh dia blanjer,sy ajak dia p makan..paham2 jer lah..sy bukan suka sangat ngan dia tu..
(Dalam masa yg sama,Si B kebetulan nk p tandas, terdengar perbualan mereka berdua..Alahai,bukan main sakit hati lagi Si B ni..Astagfirullahhalazim..Sabar jerlah)
Tub2,Si A ternmpak Si B ,cepat dia p mntak maaf(Haaa..ni dinamakan maaf BATIN..nampak tak..coz maafnya disebabkan Si A sakitkan hati Si B..melibatkan sakit dalaman,bukan sakit luaran)

Ok.kita sambung perbincangan kita..Nampak tak?
Zahir membawa maksud perkara luaran yang kita Nampak(Your eyes)
Batin membawa maksud perkara dalaman yang kita tak Nampak..
So bila nak raya,jangan main2 ungkapkan perkataan MAAF..Ungkapkan betul2 dengan penuh keikhlasan.
So belum terlambat lagi sy nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN.."


Sampai disini saja..
Wallahua’lam

*This is my opinion?Apa pendapat kamu?Sama2 kongsikan pendapat.









Dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (al-Nuur (24) : 22)


Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (al-Syuura (42) : 43)

Dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (Aali Imraan (3) : 134

Tiada ulasan:

Catat Ulasan